Sunday, 30 December 2012

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

(DAN INGATLAH TANGAN YANG MEMBERI LAGI BAIK DARI YANG MERASA)

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

CARA MENJAWAB SALAM YANG DIKIRIM

okkay hye Assalamualaikum Smile bertemu lagi kita <cait macam face to face pulak> okkay abaikan. okay topik kita pada kali ini ialah CARA MENJAWAB SALAM YANG DIKIRIM. nampak remeh je kan tajuk kali ni TAPI!!! baca sampai habis dan anda akan tahu kesalahan anda apa sebenarnya..


97% muslim yang saya jumpa bila disebut: 

"Wei, Ina kirim salam." 

Akan dijawab. 

"iya ke?WA'ALAIKUMUSSALAM." 

Ok... 

Nmpk mcm tak da masalah kan? 

Tertanya2 kan apa masalahnya kan? 

Ya. Memang ada masalah... 
=.=" 

Sebenarnya,jelas di dalam hadis nabi saw,nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi..... 

" wa'alaika wa'alaihissalam " 

Sebab apa? 

Nur suruh Manal kirim salam kat Ina. 

Ina jwb " wa'alaikumussalam " 

Sdgkan:- 

Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU 

jadi salam Nur kpd Ina tak terjawab kan?sbb Ina doakan salam tu kepada MANAL SEDANGKAN MANAL TU ORANG TENGAH.. 

Manakala:- 

Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera. 

Maka salamnya terjawab.... ^_^ 
Indahnya Islam... 

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna MASIH BELUM JAWAB(^_^)

Tuesday, 25 December 2012

bilikku gila lah.

(sebelum:tapi takdek la sampai macam ni)okay hye assalamualaikum. story kali ni pasal my room.. well sebenarnya ni lah perempuan yang tak pandai berkemas..astarafirullahalazim. macam ni punya anak dara pun ada ke?okay sepatutnya sebagai manusia kita mesti menjaga kebersihan. tidak kira la kebersihan bilik ke kebersihan apa janji jaga. jadi setelah berfikir menggunakan otak. sebab sebelum ni guna kepala lutut maka sya pon ambik inisiatif untuk mengemas, membasmi, menyental dan sama waktu dengannya. diakhir kata jagalah kebersihan ia mampu menjamin keselamatan. sebab apa penyakit bermula dari persekitaran yang kotor. okay la banyak tulis nanti melalut pulak. bye assalamualaikum.
(selepas:lagilah bukan tapi kemas tu ada)



APTB binatang apakah itu??


yeop hallo assalamualaikum... hye semua okkay topic kali ialah APTB binatang apakah itu?? zaman skang ni macam-macam singkatan yang pelik-pelik dan kurang diketahui. macam saya pade mlenya mmg tak tahu ape tu APTB ble online FACEBOOK ke TWITTER huruf2x ini selalu mnyapa pandangan.. dah kita yang tak tahu ni takkan nak tanya diorang kod malu lah.. jadi sy search kat internet maka jumpalah dengan maksud disebalik ayat itu.. lol ingt ape lah kan..
okkay sekian thanks alot bye assalamualaikum.. :)